• 603-2092-9373
  • info@lekirenergy.com

Category ArchiveUncategorized

Launched on July 3 2018 during 24th MPOB Technology Of Transfer – Seminar & Exhibition

Launched on July 3 2018 during 24th MPOB Technology Of Transfer – Seminar & Exhibition

Program Keusahawanan Dan Pembuatan Kraftangan Lilin Bersama OKU 2017

Program Keusahawanan Dan Pembuatan Kraftangan Lilin Bersama OKU 2017 telah dianjurkan pada 16 Julai 2017 di Bengkel Daya Sungai Petani, Kedah. Program ini telah dirasmikan oleh En. Ahmad Bin Rashid, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Kedah. Program ini adalah hasil kerjasama pihak Universiti Kebangsaan Malaysia, Graduate School of Bussines (UKM-GSB).
Seramai 56 peserta Orang Kelainan Upaya (OKU) telah terpilih untuk menyertai program ini termasuk peserta dari Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak.Di samping itu, pelajar-pelajar yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sungai Petani, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok, dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Merbok turut dijemput untuk menyertai program tersebut. Para peserta dan pelajar berpeluang mempelajari proses pembuatan lilin aromaterapi hasil tunjuk ajar pihak Lipidchem Sdn. Bhd. yang turut menyediakan bahan-bahan untuk membuat lilin.
Tujuan penganjuran program ini adalah untuk memupuk minat peserta OKU bagi mempelajari kemahiran yang baru kerana jika kemahiran membuat lilin ini dapat dipraktikkan oleh peserta OKU, ia boleh memberi pendapatan lumayan kepada peserta pada masa akan datang. Pengurus Bengkel Daya Sungai Petani, Pn. Nor Faida Binti Razalli berkata masa depan pekerja OKU di negara ini akan berubah jika terdapat pihak yang sentiasa memperkenalkan bidang baru untuk diceburi mereka dari semasa ke semasa.
Selain itu, Dr. Zainab Binti Idris dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menyampaikan ceramah berkaitan dengan industri sawit di Malaysia dan faedah hasil tanaman pokok kelapa sawit kepada manusia yang boleh dijadikan panduan kepada semua peserta program. En. Cheng Yin Tiong dari Lipidchem Sdn. Bhd. turut memberi pengenalan berkenaan produk-produk yang dihasilkan oleh syarikat beliau termasuk bahan mentah untuk menghasilkan lilin aromaterapi. Pengarah program, Nurul Aimi Binti Mohamad berkata beliau berpuas hati kerana semua peserta mengikuti ceramah yang disampaikan dengan khusyuk dan program ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Program Khidmat Masyarakat (CSR) 2017 – Lekir Energy Sdn. Bhd.

            Program Khidmat Masyarakat 2017 Lekir Energy Sdn. Bhd. telah dianjurkan pada 15 dan 16 Julai 2017 di Sungai Petani, Kedah. Program dua hari ini dibahagikan kepada dua lokasi iaitu di Kampung Pengkalan Lembah Bujang dan Bengkel Daya Sungai Petani. Program ini turut disertai oleh pihak Lekir Energy Sdn. Bhd., Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Kedah, Universiti Kebangsaan Malaysia – Graduate School of Bussines (UKM-GSB), Lipidchem Sdn. Bhd., The Care Taker Team, Denim Care, Technology Park Malaysia dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

 

            Pada 15hb. Julai 2017, program berlangsung di Kampung Pengkalan Lembah Bujang, Merbok yang bertujuan untuk bersama-sama gotong-royong membersihkan kawasan rumah penduduk kampung yang terpilih dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada JKK Kampung Pengkalan Lembah Bujang untuk membaiki bangsal.  

 

Program diteruskan dengan Jamuan Raya bersama peserta OKU di Bengkel Daya Sungai Petani. Sumbangan duit raya turut diberikan kepada peserta OKU bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

 

Pada 16hb. Julai 2017, Program Keusahawanan Dan Pembuatan Kraftangan Lilin Bersama OKU 2017 telah dianjurkan di Bengkel Daya Sungai Petani, Kedah. Program ini telah dirasmikan oleh En. Ahmad Bin Rashid, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Kedah.  Program ini adalah hasil kerjasama pihak Universiti Kebangsaan Malaysia, Graduate School of Bussines (UKM-GSB).

 

Seramai 56 peserta Orang Kelainan Upaya (OKU) telah terpilih untuk menyertai program ini termasuk peserta dari Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak. Di samping itu, pelajar-pelajar yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sungai Petani, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok, dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Merbok turut dijemput untuk menyertai program tersebut. Para peserta dan pelajar berpeluang mempelajari proses pembuatan lilin aromaterapi hasil tunjuk ajar pihak Lipidchem Sdn. Bhd. yang turut menyediakan bahan-bahan untuk membuat lilin.

 

     Tujuan penganjuran program ini adalah untuk memupuk minat peserta OKU bagi mempelajari kemahiran yang baru kerana jika kemahiran membuat lilin ini dapat dipraktikkan oleh peserta OKU, ia boleh memberi pendapatan lumayan kepada peserta pada masa akan datang.  Pengurus Bengkel Daya Sungai Petani, Pn. Nor Faida Binti Razalli berkata masa depan pekerja OKU di negara ini akan berubah jika terdapat pihak yang sentiasa memperkenalkan bidang baru untuk diceburi mereka dari semasa ke semasa.